Tuesday, March 31, 2009

Kenderaan BN jadi sasaran pembangkang: Razali

Kenderaan milik petugas dan penyokong Barisan Nasional (BN) kini menjadi sasaran penyokong parti pembangkang yang bertindak mengetuk dan mencalarkan badan kenderaan terbabit. Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, ketika mendedahkan perkara itu, berkata kenderaan beliau sendiri menjadi mangsa serangan penyokong pembangkang yang bertindak liar selepas diapi-apikan melalui ceramah dan kenyataan provokasi pemimpin mereka. "Berlaku adillah kepada Pemuda Umno dan Pemuda BN. Dulu kita selalu nampak kenderaan dengan lambang dan bendera BN, hari ini kita akan nampak pembangkang lebih banyak guna kaedah itu kerana kereta BN diserang dan kereta mereka tak diserang.
"Beritahu saya kereta mana yang membawa lambang pembangkang diserang? Kereta dengan bendera BN sering kali diserang dan dicalarkan, cuma kita tak buat laporan saja, kalau nak buat laporan memang banyak. "Kita nak beri tahu kepada parti pembangkang terutama pemimpin mereka, bertanggungjawablah dalam membuat kenyataan dan memberi ceramah kerana jiwa muda ini mudah dibakar," katanya pada sidang media di Pusat Bilik Gerakan Induk Pemuda BN di sini, petang tadi. Turut menjadi mangsa ialah Proton Perdana milik Penolong Setiausaha Pemuda Umno/BN Kedah, Haris Che Mat, yang dicalarkan dan ditoreh perkataan kesat.
read more...

Pakej rangsangan bermula


Kerajaan mula mengagihkan peruntukan pakej rangsangan ekonomi bagi menaik taraf kemudahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah seluruh negara.
Antara sekolah terawal yang menerima peruntukan itu ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungai Tukang di sini.
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah tersebut menunjukkan kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan pelajaran di kalangan rakyat pelbagai kaum.
"Sebanyak RM350,000 peruntukan di bawah pakej rangsangan ekonomi ini adalah untuk membina bangunan tambahan atau menaik taraf kemudahan pendidikan bagi SJKT Sungai Tukang.
"Peruntukan ini penting bagi memastikan kemudahan pengajaran di kalangan murid-murid dan guru mencukupi.
"Ia juga menunjukkan usaha dan komitmen serius kerajaan membantu melahirkan insan cemerlang pada masa akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Peruntukan Cek Pakej Rangsangan Ekonomi kepada Guru Besar SJKT Sungai Tukang, K. Devi di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Shahanim Mohd. Yusof, calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Datuk S. Ganesan.
Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberitahu, penyediaan pakej rangsangan ekonomi tersebut turut dibuat kerajaan sejajar dengan komitmen untuk terus membantu sekolah pelbagai aliran di negara ini.
"Kerajaan mempunyai tanggungjawab meningkatkan taraf hidup rakyat secara saksama. Ini kerana kita percaya, pendidikan adalah satu pelaburan jangka panjang yang penting di kalangan semua pihak tanpa mengira daripada golongan mana sekali pun," ujar beliau.
read more...

Gerakan kempen bersemuka dengan rakyat

Parti Gerakan menggunakan pendekatan bersemuka dengan rakyat dalam kempen pilihan raya kecil kawasan Bukit Selambau.
Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, parti itu akan menganjurkan majlis-majlis kecil secara “berkeluarga” untuk bersemuka dan memberi penjelasan serta menjawab sebarang soalan dari rakyat.
“Kita akan kempen di peringkat akar umbi dan menjelaskan kepada rakyat kenapa mereka harus memilih calon BN (Barisan Nasional) setelah kawasan mereka terabai selama setahun oleh wakil rakyat PKR (Parti Keadilan Rakyat) sebelum ini,” kata beliau kepada pemberita selepas bertemu para pengundi di gerai penjaja Taman Ria Jaya di sini.
Turut bersama Koh ialah calon BN Datuk S.Ganesan.
Katanya, tinjauan awal ke kawasan Bukit Selambau itu mendapati kebanyakan pengundi mula menerima BN semula kerana mereka sedar telah diperdaya oleh PKR.
read more...

"Sumpah Melayu"


read more...

Pakatan Rakyat sudah goyah.........

PERHATIAN : Di harapkan kepada semua petugas jangan terlalu terlalu yakin(over confident) MENANG.Gerak kerja perlu lebih di perkemaskan untuk mengahdapi BARISAN NASIONAL.Kita semua jangan lupa dan leka keupayaan BARISAN NASIONAL dengan kelengkapan yang mereka ada cukup untuk mengalahkan kita

Jika di ukur jumlah yang kehadiran ketika penamaan calon semestinya boleh dikatakan kemenangan milik PAKATAN RAKYAT tetapi sehingga ke hari ini masuk hari ke 3 kempen PR ketinggalan 8 percent dengan BARISAN NASIONAL. Dalam keadaan sekarang jika di campur dengan pengundi hantu semestinya PKR boleh kalah.Oleh itu semua petugas di seru supaya meningkatkan kerja untuk memastikan kemenangan MILIK PAKATAN RAKYAT.LAWAN TETAP LAWAN

(Petikan dari Kedah La nie yang membuktikan Pakatan Rakyat sudah goyah)
read more...

Monday, March 30, 2009

HATI-HATI DENGAN TAKTIK LICIK PEMBOHONGAN ANWAR YANG TIDAK PERNAH ADA NOKTAH

CONTOH PENIPUAN PALING NYATA OLEH ANWAR YANG KONONYA AKAN MENUBUHKAN KERAJAAN MENJELANG 16 SEPTERMBER TAHUN LALU. TETAPI HAKIKATNYA HABUK[PUN TARAK. APAKAH RAKYAT BUKIT SELAMBAU RELA DITIPU OLEH ANWAR YANG BEGITU JELAS MEMPUNYAI KEPENTINGAN .FIKIRKANLAH...

Anwar adalah penipu paling hebat di abad ini...itulah kata-kata yang tersembur daripada sebahagian besar masyarakat India yang juga pengundi di DUN Bukit Selambau.
Semuanya kata mereka bermula dari episod pemilihan calon PKR.
Jurucakap PKR Kedah memaklumkan, seramai 20 orang calon yang mempunyai kelayakan dan kreteria termasuk beberapa orang ahli jawatankuasa bahagian PKR Merbok untuk disaring (temuduga). Pilih punya pilih, akhirnya Anwar buat keputusan mencalonkan Manikumar, seorang jurujual kereta.
Justeru masyarakat India di Bukit Selambau merasa tertekan dan bertindak menutup bilik gerakan. Paling baru, PKR Jerai umum bubar parti itu sekaligus menyaksikan 500 anggotanya yang diketuai B. Kalaivanar keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap Anwar.
Meskipun beberapa pemimpin PKR pusat mempertahankan keputusan itu, hakikatnya dalam proses pemilihan calon DUN Bukit Selambau, Anwar telah menipu semua masyarakat India di Bukit Selambau.
Bukan saja calon yang dipilih tidak dikenali oleh masyarakat India Bukit Selambau malah Manikumar sebelum ini tidak pernah memberi sebarang khidmat kepada masyarakat India di kawasan Bukti Selambau, tetapi atas dasar melobi Anwar buat keputusan pilih Manikumar. Pengundi di Bukit Selambau harus berfikir semasak-masaknya menjelang hari pembuangan undi 7 April ini. Jika memilih mengundi PKR atau Manikumar, bermakna rakyat Bukit Selambau akan terus ditipu oleh raja pembohong no.1 di dunia, Anwar Ibrahim.
Adakah rakyat Bukit Selambau sanggup mengadai masa depan anak-anak disebabkan oleh kesilapan yang sengaja dilakukan. Pilihlah dengan bijak buat pertimbangan yang semasak-masaknya.
read more...

PAKATAN RAKYAT, INDAH KHABAR DARI RUPA....

BARISAN EXCO KEDAH DENGAN BANGGANYA MENUNJUKKAN SURAT TAULIAH JAWATAN EXCO DISAMBUNG SEMULA BARU-BARU INI. PERSOALANNYA, TIADA SATUPUN KERJA BUAT DEPA YANG BOLEH DIJADIKAN KAYU UKUR SELEPAS MEMENANGI PRU KE-12 YANG LALU. RAKYAT MERASA TERTIPU.
Kerajaan pakatan Rakyat...bunyinya memang sedang di dengar. Hakikatnya hanya di mulut. Peliknya bila parti terbabit, PAS, PKR serta DAP berpakat. Selidik punya selidik rupanya depa berpakat hanya untuk menewaskan Kerajaan Barisan Nasional(BN).
Bersandarkan kepada dengar bunyi, tidak dapat dinafikan memang hebat. Realitinya, jauh langit dengan bumi.Rakyat tidak boleh disalahkan, memang keliru. Pas, PKR dan DAP memang pakar dalam soal-soal perang saraf.Al maklumlah, sheikh Anwar semasa menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu, dia yang mereka cipta segala bentuk perang sarap ni.
Apapapun Rakyat di Bukit Selambau semakin celik minda. Pakatan Rakyat yang diterajui Pas yang memerintah negeri jelapang padi selepas memenangi pilihanraya umum ke-12 lalu, bak kata orang, indah khabar dari rupa dan cakap tak serupa bikin.
Dalilnya mudah....

1. Dulu BN guna slogan Kedah Gemilang...la ni pas memerintah dia tukar kepada Kedah Sejahtera.perkataan sejahtera dimanipulasikan dan dikaitkan dengan perjuangan Pas yang semakin jauh terpesong dari tujuan asal ketika PAS mula ditubuhkan.Hakikatnya, Pas yang memerintah Kedah hari ini, lebih teruk daripada pemerintahan kerajaan BN.

2. Dulu pas kutuk kononya BN buat sidang dewan dalam masa yang pendek dan tak cukup masa untuk membentangkan masalah rakyat. Kini PAS hanya adakan sidang dewan 3 jam sahaja dalam tempoh 4 bulan.

3. Dulu Pas hasut rakyat kononya kerajaan BN tebang balak secara berleluasa, tetapi sekarang kawasan tadahan airpun Pas dah mula nak gondolkan. Apa dah jadi..?

4. Dulu kakitangan kerajaan dapat gaji mengikut jadual sekaligus depa senang nak plan belanja untuk family, sekarang bayaran gaji tidak menentu, kerap kali dibayar lewat jadi sebahagian besar kakitangan kerajaan dah jadi pening untuk nak berbelanja.

5. Dulu Pas kutuk isu pungutan sampah di bandaraya Alor Setar yang tidak teratur hingga mencemarkan bau persekitaran...sekarang isu sampah bukan saja tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Pas malah semakin teruk. Orang ramai hidup dalam keadaan tertekan. Mana Exco Kerajaan Tempatan yang bertanggungjawab buat kerja ke tido...

6. Dulu bn rancang nak buat zon industri petrolium di Yan, Pas dakwa petani akan hilang punca pendapatan dan pengeluaran padi di kedah semakin terhad...sekarang PAS rancang nak tambak laut dengan alasan nak jaga kepentingan petani dan sawah padi, tapi sampai sekarang projek itu tak jalan-jalan kenapa..?dan yang terbaru, kerajaan Pas nak tutup projek udang kerpan untuk beri ruang kepada projek proses minyak milik Tan Sri Syed Mokhtar. Bagaimana dengan masa depan masyarakat petani yang menjadi pemegang saham di Kerpan..Apakah masa depan depa di ambil kira dalam percaturan kerajaan negeri. Yang pasti semua itu langsung tak diambil kira oleh PAS, kerana yang penting bagi depa hanya untuk dapat duit tu saja.

7. Dulu Kulim hiteh-park mahsyur seluruh dunia, beratus juta ringgit pelaburan luar negara masuk. Kini selepas Pas ambil alih, dia buang CEO yang selama ini berkeerja keras bagi menarik pelabur dan letak orang harapan Pas. Apa jadi...jadinya Pas gagal tarik satupun pelabur dari luar untuk melabur di kulim. Punca dia, ceo yang dilantik tiada pengalaman, maka jadilah cerita bangun oh bangun...rakyat terus menjadi mangsa.
read more...

Survival UMNO!


UMNO tidak pernah lari dari asas dan tujuan penubuhannya. Lantaran itulah juga, UMNO sebagai sebuah parti yang menjadi tunjang kerajaan sentiasa gagah mengibarkan sayap dalam meneruskan perjuangan untuk terus diwariskan kepada generasi akan datang sebagai pusaka bangsa.

Justeru keteguhan dan kelestarian UMNO yang menjadi wadah perjuangan bangsa, sentiasa diasak dengan pelbagai cabaran bukan sahaja dari pihak pembangkang yang sememangnya mahu melihat kemusnahan perpaduan sebaliknya, parti keramat ini juga turut diuji dari dalam termasuklah keteguhan kepimpinan, kesetiaan ahli-ahlinya dan juga dilibatkan dengan pelbagai macam masalah.

Sememangnya, perpaduan yang erat dan keteguhan bersama telah menyumbang kepada kejayaan, kemakmuran dan survival negara secara berterusan dan berkesan. Negara yang kuat dan utuh adalah negara yang mempunyai rakyat bersatu padu dan sentiasa bersama-sama membangunkan agama, bangsa dan negara.

Ia telah terbukti. Sejak UMNO ditubuhkan, bangsa Melayu bersatu menentang penjajah, mencapai kemerdekaan, memperoleh pembangunan dan seterusnya menjadi antara negara membangun yang termoden di peringkat antarabangsa.

Kepesatan negara yang bangkit dari kemusnahan dan kemiskinan sememangnya telah membuka mata pelbagai pihak sama ada di dalam atau di peringkat antarabangsa juga. Kerana itu, ramai pihak yang menjadikan UMNO sebagai pusat rujukan bagi sebuah negara Islam maju serta dijadikan panduan dalam pelbagai sektor.

Dalam masa yang sama, terdapat juga pihak yang angkuh dan tidak senang dengan kemajuan negara. Ini bukan sahaja diperlihatkan oleh negara-negara pesaing tetapi lebih malang lagi apabila ada segelintir anak bangsa Melayu sendiri yang menjadi duri dalam daging, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam – mengkhianati jati diri bangsa Melayu!

Dalam diam, pihak yang tidak bertanggungjawab ini cuba menjadi hero dengan memusnahkan bangsa sendiri, sanggup menggadai maruah negara dan mempertaruhkan agama sebagai bahan dagangan lantas mengambil kesempatan atas segala kemudahan dan kebaikan yang disediakan oleh kerajaan waima UMNO sendiri.

Jika diamati, perpecahan yang berlaku dalam sesebuah negara tidak pernah ada yang menguntungkan. Ibarat ‘yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu’ dengan hanya memberikan impak negatif kepada rakyat keseluruhannya.

Lantaran itu, terbukti bahawa hanya dengan perpaduan, UMNO akan kukuh dan negara akan menjadi makmur!

read more...

Janji kosong pembangkang

Pilihan raya kecil yang akan berlangsung di tiga tempat berasingan 7 April hadapan adalah satu harapan baru kepada para pengundi untuk mengembalikan semula suara sebenar UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai suara utama rakyat di kalangan penduduk tempatan.

Tentunya para pengundi dan masyarakat tempatan di Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah di samping di Batang Air, Sarawak mengambil iktibar dari kekalahan BN apabila pembangkang memperoleh kemenangan daripada dua kawasan tersebut.

Lantas, natijahnya dirasai oleh mereka apabila janji-janji yang ditaburkan dalam kempen pilihan raya umum ke-12 lalu hanya sekadar gula-gula pemanis kata.

Buktinya, tidak ada sebarang pembangunan dan kemajuan kepada masyarakat dibawa sebaliknya wakil rakyat yang diamanahkan untuk menjadi suara kepada masyarakat pula gagal menjaga kebajikan rakyat.

Apa yang mahu diperkatakan tentang suasana politik Negeri Perak yang sememangnya telah kecoh sejak awal tahun ini dan apa lagi yang mahu dibuktikan oleh calon Pas Bukit Gantang, Nizar Jamaluddin sedangkan dia sendiri secara peribadinya gagal menunjukkan contoh terbaik apatah lagi untuk diangkat sebagai pemimpin.

Tidak usahlah dibangkitkan kedudukannya sebelum ini yang hanya menjadi Menteri Besar atas nama sahaja sedangkan ada pihak lain yang berselindung di sebalik jawatan yang dimilikinya. Malahan dirinya sendiri telah terpalit dengan pelbagai spekulasi yang ternyata benar dengan gilakan pangkat dan kedudukan, enggan menyerahkan jawatan waima kenderaan rasmi Menteri Besar yang dibelinya sewaktu berkuasa.

Tidak habis di situ sahaja, sebaliknya perbuatan Nizar dianggap melampau apabila sanggup melawan titah Sultan Perak hanya kerana kuasa hinggakan timbul demonstrasi dan tunjuk perasaan yang melibatkan rakyat ekoran manipulasi mereka yang tidak bertanggungjawab.

Begitu juga dengan kedudukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah yang sememangnya boleh dianggap hanya membuang masa dan tenaga ekoran daripada pemilihan calon tangkap muat iaitu lebih banyak masalah peribadi daripada menyelesaikan permasalahan berkaitan rakyat tempatan.

Lebih malang lagi, wakil rakyat Bebas yang memberikan sokongan kepada PKR itu akhirnya lari dari kenyataan ekoran personaliti dan keperibadian songsang yang tidak boleh diterima oleh masyarakat setempat.

Lantaran itu, untuk apa lagi PKR meletakkan calon bagi bertanding dalam pilihan raya tersebut sekiranya dia sendiri telah terbukti gagal menyelesaikan masalah dalamannya.

Sementara itu, bagi kawasan DUN Batang Ai di Sarawak yang menyaksikan berlakunya pertandingan melibatkan calon BN Malcom Mussen dan calon PKR dilihat bahawa calon lawan ibarat hanya mahu menangguk di air keruh sahaja.

Dalam hal ini, PKR di kawasan tersebut seperti sengaja cuba menimbulkan hal-hal semasa yang tidak berkaitan termasuklah isu tanah adat yang sememangnya tidak pernah diketepikan oleh kerajaan.

Malahan BN di Sarawak telah menambah keluasan tanah adat kepada penduduk setempat selaras dengan pertambahan jumlah dan bilangan ahli keluarga yang semakin berkembang.

Sehubungan itu, apa lagi yang mahu dibuktikan oleh parti-parti pembangkang kerana pengundi tidak mungkin tertipu lagi dengan janji-janji palsu mereka!

read more...

Tolak PKR yang gagal laksana mandat

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata rakyat mesti menolak Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya kecil Bukit Selambau kerana wakil parti itu gagal menunaikan tanggungjawab apabila diberi peluang sebelum ini. "Bagi kita Barisan Nasional (BN,) calon kita tidak pernah lari dari menunaikan tanggungjawab jika diberi kepercayaan oleh pengundi bahkan kita terus menjalankan tugas dengan komited meskipun ada penolakan rakyat pada pilihan raya lalu," katanya pada sidang media selepas taklimat pilihan raya di bilik gerakan BN di sini. Hadir sama calon BN, Datuk S Ganesan, Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Ali Yahya.
Muhyiddin berkata, pengundi juga tidak perlu keliru untuk membuat pilihan berikutan bilangan calon Bebas yang terlalu ramai pada pilihan raya kecil Bukit Selambau. "Rakyat perlu fokus dan menilai dengan baik kerana calon Bebas tidak mewakili mana-mana ideologi politik dan langsung tiada pendirian dalam perjuangan. Mereka berjuang atas kepentingan diri.
read more...

16 september : Anwar pembohong...


read more...

Anwar masih berangan jadi PM


read more...

Guru akan kembali aktif kukuhkan UMNO

Naib presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein akan mencadangkan kepada kerajaan agar golongan guru daripada Kumpulan A dibenarkan berpolitik agar kepakaran mereka dapat digembelengkan untuk menguatkan lagi UMNO. Beliau berkata, sejak sebelum Merdeka, guru sentiasa berada di barisan depan dalam pembangunan politik di negara ini sejak sebelum Merdeka tetapi kebelakangan ini golongan ini semakin dipinggirkan.
read more...

Kejutan menjelang berakhir Perhimpunan Agung UMNO...


Pada jam 11.25 pagi Sabtu ketika seluruh perhatian Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka,PWTC sedang bertumpu kepada ucapan pengulongan Timbalan Presiden UMNO yang baru,Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba-tiba terdengar deraian tepukan. Ramai dalam dewan yang terpinga-pinga apa halnya.Ini diikuti oleh tepukan semakin gemuruh apabila disedari kelibat yang sedang menuju ke tempat duduk bahagian pemerhati kenamaan ialah Tun Dr Mahathir Mohamed dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
read more...