Tuesday, April 28, 2009

Pilihan Raya Kecil Penanti 31 Mei

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri N.12 Penanti, Pulau Pinang pada 23 Mei ini, dan jika ada pertandingan hari mengundi pada 31 Mei.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh keluar writ ditetapkan pada hari ini manakala tarikh notis dikeluarkan pada Khamis ini.

"SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 17 April berhubung dengan kekosongan kerusi bahagian pilihan raya N.12 Penanti berikutan peletakan jawatan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan Mohammad Fairus Khairuddin melalui suratnya bertarikh 19 Mac 2009.

"Sehubungan ini, setelah meneliti pemakluman oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang serta salinan surat peletakan jawatan oleh ADUN berkenaan yang dilampirkan bersama pemakluman tersebut maka SPR dengan ini bersetuju bahawa kerusi bahagian pilihan raya DUN N.12 Penanti adalah disahkan kosong berkuat kuasa 17 April lalu," katanya pada sidang akhbar yang dipetik Bernama di sini hari ini.

Mohammad Fairus, 33, daripada KeADILan mengumumkan peletakan jawatannya pada 16 April lalu dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran, selain membersihkan namanya daripada segala tohmahan.

Beliau sebelum itu turut meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berikutan dakwaan terlibat dengan rasuah.

Pada pilihan raya umum tahun lalu, Mohammad Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dengan majoriti 2,219 undi.

Abdul Aziz berkata Daftar Pemilih yang akan digunakan pada pilihan raya ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) tahun lepas yang dikemaskini sehingga 16 April lalu, yang mengandungi 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, katanya 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.

Beliau berkata SPR mensasarkan kira-kira 80 peratus jumlah pengundi yang akan keluar mengundi pada hari tersebut memandangkan hari mengundi adalah hari Ahad, di mana sebanyak 82.1 peratus pengundi keluar mengundi untuk kawasan itu pada pilihan raya umum lalu.

Katanya SPR akan menggunakan Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi manakala bagi urusan pengundian pos, proses pengeluaran dan pengiraan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah.

read more...

Monday, April 27, 2009

PILIHANRAYA DUN PENANTI

PERLUKAH PILIHANRAYA DUN PENANTI 2009 ?
read more...

Thursday, April 23, 2009

UMNO HARI INI

Umno kini akan menjadi sebuah parti politik yang berjiwa rakyat dan berterima kasih kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib kerana berusaha untuk membentuk UMNO yang berjiwa RAKYAT.
read more...

Wednesday, April 1, 2009

PAS GUNA KEPAKARAN CIA



Pertemuan yb Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang merangakap Ketua Unit Strategik PKR) dengan Walter Chia first seceretary high commision of the republic of singapore. Pertemua di adakan di kelab cinta sayang sugai pertani kedah pertemuan hampir 2 jam bermula jam 9am -11am dan kami percaya pertemuan ini berhubung pilihanraya dun bukit selambau dan menghairankan kami kenapa pemimpin parti keadilan seperti yb saifuddin perlu melibatkan sigapore dalam pilihanraya di malaysia yang rata rata rakyat malaysia tahu singapore adalah dalang pada yahudi dan kami yakin ini melibatkan kewangan dari pihak yahudi atau pihak CIA.
read more...

Kuota Bumiputera Rugikan Semua. Apakah tujuan PAS sebenarnya?

Saya ingin menyuarakan kekecewaan terhadap pemerintahan PAS di Kedah kerana beranggapan bahawa kami orang-orang Melayu tidak tahu mengira dan mencongak untung rugi pelaburan.

Ataupun, Kerajaan Pas di Kedah yang tidak tahu menilainya lantas membuat satu keputusan yang bodoh dan tidak peka lantas merugikan orang orang Melayu sendiri.

Penetapan 50% kuota bumiputera pada rumah-rumah yang dibina atas tanah pegangan bebas akan menyekat pindahmilik hanya pada bumiputera adalah sesuatu penganiayaan kepada pembeli-pembeli yang berhasrat menjadikan pembelian tersebut sebagai pelaburan untuk masa hadapan.

Malangnya sekatan jualan akan menyebabkan harga rumah yang dibeli oleh orang Melayu tidak berharga dan susah dijual seterusnya pembeli yang ingin melihat keuntungan terhadap pelaburan dari pembelian rumah tersebut akan kecewa selama-lamanya.

Jika begitu, lebih baik menyewa dari membeli rumah seterusnya hasrat BN untuk melihat peningkatan pemilikan rumah oleh orang Melayu akhirnya tidak kesampaian.

Musnahlah segala usaha kerajaan BN seperti insentif dan pinjaman perumahan kepada kakitangan awam, skim pembayaran rumah dan pengeluaran KWSP semata-mata ingin melihat orang Melayu tidak ketinggalan dalam pemilikan hartanah.

Tindakan ini bukan sahaja merugikan orang Melayu malah melembabkan industri perumahan yang semakin malap di Negeri Kedah.

Industri perumahan yang malap akan memberi kesan buruk kepada kontraktor dan pemborong binaan seterusnya kehilangan pekerjaan kepada pekerja-pekerja di sektor ini.

Lebih buruk, Kedah akan kehilangan pendapatan dan hasil kepada negeri dan pelabur tidak berminat untuk melabur di Negeri Kedah.

Apabila PAS telah diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negeri wajarlah ianya dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas bukan hanya mahu popular dan dilihat oleh rakyat kononnya sebagai pembela tetapi hanya pada nama dan apa yang tersirat rupanya perit dan menyiksa.


Abdul Hamid Selimin
read more...

PAS GUNA KEPAKARAN CIA



Pertemuan yb Saifuddin Nasution (Ahli Parlimen Machang merangakap Ketua Unit Strategik PKR) dengan Walter Chia first seceretary high commision of the republic of singapore. Pertemua di adakan di kelab cinta sayang sugai pertani kedah pertemuan hampir 2 jam bermula jam 9am -11am dan kami percaya pertemuan ini berhubung pilihanraya dun bukit selambau dan menghairankan kami kenapa pemimpin parti keadilan seperti yb saifuddin perlu melibatkan sigapore dalam pilihanraya di malaysia yang rata rata rakyat malaysia tahu singapore adalah dalang pada yahudi dan kami yakin ini melibatkan kewangan dari pihak yahudi atau pihak CIA.
read more...

Ds Najib Angkat Sumpah

Difahamkan DS Najib akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April jam 9am di Istana Negara, kata sumber rasmi.
DS Abdullah dijadual mengadap Agong pada 2 April.
Kabinet baru dijangka akan diumumkan seminggu selepas itu. Kabinet tranformasi ini juga dijangka akan memenuhi segala hasrat rakyat yang mempunyai harapan yang tinggi kepada Perdana Menteri baru ini. Ramai muka baru dijangka akan dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri.
read more...

Tuduhan pembangkang memakan diri

Tuduhan pembangkang bahawa Barisan Nasional (BN) angkuh dalam melayani parti komponennya kini berbalik kepada mereka sendiri apabila pakatan pembangkang mula berpecah dan gagal mempertahankan perpaduan mereka.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pakatan pembangkang kini gagal mempertahankan kesatuan mereka walaupun baru setahun bersama berjuang berbanding perpaduan komponen BN yang sudah berdekad lamanya terjalin.
''Kita lihat tidak sampai setahun pengundi India mulai lari daripada mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan perayu undi wanita di Bilik Gerakan Wanita BN di sini semalam.
Mengulas tindakan kira-kira 500 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Jerai yang bertindak meninggalkan parti itu hari ini kerana kecewa dengan kepimpinan mereka, beliau berkata, perkembangan itu meresahkan pemimpin pembangkang.
Menurutnya yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau 7 April ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja gagal menunaikan janjinya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi kini beliau bimbang dengan keretakan dalam parti itu.
''Pakatan antara mereka yang ideologinya berbeza tidak akan bertahan, apa yang penting UMNO dan parti komponen lain kena mempertahankan perpaduan kita dan jika diizinkan tuhan, pakatan pembangkang akan menjadi semakin lemah dan menunjukkan siapa gelas dan siapa permata," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, BN akan membuat persiapan awal bagi menghadapi kemungkinan kekecohan yang dijangka berlaku pada hari pengundian.
''Seperti biasa kekecohan akan wujud pada hari pengundian dan pengundi disekat daripada keluar, jadi kita akan membuat persiapan awal dan kena memastikan ahli kita sendiri daripada UMNO, MCA dan MIC serta komponen lain keluar mengundi," katanya.
Dalam pada itu katanya, BN perlu meyakinkan jentera dan pengundi bahawa calonnya dalam pilihan raya kecil kali ini adalah calon yang telah dipersetujui oleh kepimpinan parti sebulat suara dan ia berlaku di kerusi-kerusi lain juga.
read more...

Peluang bagi BN

Kehadiran 13 calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau mungkin memberi sedikit kelebihan kepada calon Barisan Nasional (BN).
Pensyarah kanan Jabatan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ahmad Nidzamuddin Sulaiman berkata, kelebihan untuk BN itu adalah berdasarkan calon-calon Bebas tersebut mampu menarik sokongan daripada pengundi-pengundi atas pagar.
Menurutnya, jika tiada calon Bebas, dalam senario politik semasa golongan pengundi berkemungkinan lebih cenderung mengundi pakatan pembangkang.
"Sebagaimana di Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-12, undi yang diterima oleh calon Bebas, Maimun Yusof sudah cukup untuk menafikan kemenangan Pas sebaliknya memihak kepada BN.
"Dengan undi yang akan berpecah kepada 15 calon, saya lihat BN sedikit berpeluang kerana mempunyai ramai pengundi 'tegar' berbanding pembangkang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Selain itu, Nidzamuddin menjangkakan mana-mana calon yang menang pada pilihan raya itu hanya mendapat majoriti kecil.
"Sama ada kemenangan di pihak BN atau pembangkang mahupun Bebas, majoriti yang diperolehi mungkin sedikit saja," jelasnya.
Pengerusi Program Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad, pula mengakui fenomena di Bukit Selambau unik dan berbeza dengan kawasan lain.
"Kehadiran ramai calon Bebas mungkin gambaran manifestasi perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat di Bukit Selambau," jelasnya.
Biarpun begitu, beliau tidak yakin calon-calon Bebas itu mampu menang sebaliknya ramai yang mungkin hilang wang pertaruhan.
"Mereka tiada jentera yang kuat seperti BN atau pakatan pembangkang, itu akan menyukarkan mereka berkempen," ujarnya.
read more...

SABOTAJ DALAMAN PKR - JENTERA SEMAKIN HILANG ARAH TUJU

Ditengah-tengah kerancakan kempen pilihanraya kecil Bukti Selambau pelbagai isu terus hangat diperkatakan. Dari isu tempatan hinggalah ke isu yang dianggap bertaraf nasional.
Namun disebalik semua isu yang berlegar di kalangan pengundi Bukit Selambau, tidak ramai yang tahu, PKR kini berdepan dengan isu dalaman yang semakin hari nampaknya semakin parah.
Percaya atau tidak PKR berdepan dengan masalah dalaman sejak dari awal-awal lagi.
Ia bermula sejak dari proses memilih calon. Seramai 20 orang calon disenarai pendekan oleh Anwar Ibrahim. ia termasuklah beberapa anggota bahagian Merbok yang selama ini bersusah payah menabur bakti kepada rakyat di Bukti Selambau.
Apa yang peliknya, tiba-tiba saja nama Manikumar di pilih sebagai calon.
Terkejut beruk masyarakat India di Bukit Selambau. Apa tidaknya, Mamat bernama Manikumar ini walaupun berniaga di Sungai lalang dalam kawasan Bukit Selambau, beliau tidak pernah memberi sebutir pasirpun khidmat pada orang Bukit Selambau.
Maka bermulanya cerita protes dari kalangan ahli PKR Merbok yang tidak berpuashati dengan permilihanya sekaligus menyaksikan beberapa bilik gerakan dan terbaru bilik gerakan PKR Jerai ditutup.
Episod tidak puas hati tidak berakhir di situ saja. selepas tiga hari berkempen jentera PKR kelihatan semakin lesu. sebahagian besar pekerja yang ditugaskan memasang bendera dan poster dilihat seolah-olah tidak bermaya.
Menurut salah seorang anggota PKR , semua itu berpunca dari tindak tanduk pemimpin atasan yang asyik memberi arahan tapi tidak turun padang.
Apa yang lebih perit katanya, sebahagian besar petugas tidak diberi sebarang eluan makan dan sebagainya.
Jawapan kepada persoalan itu sebahagian besar lari meninggalkan bilik gerakan yang kian sunyi baik di waktu siang mahupun malam.
read more...

KERAJAAN PAS AKAN TERUSKAN PROJEK BELA BABI DI BUKIT SELAMBAU

Kerajaan PAS Kedah tetap mahu melaksanakan projek berkenaan.
Sedangkan banyak perkara yang ada hubungkait dengan kebajikan rakyat yang perlu diutamakan seperti isu sampah, taraf kemiskinan rakyat dan peluang pekerjaan.
Persoalannya kenapa kandang Babi juga dipertahankan untuk dilaksanakan?
Sedangkan Kerajaan Negeri Kedah boleh dikatakan antara kerajaan negeri yang termiskin. Mengapa kandang mewah khinzir itu juga yang kerajaan PAS Kedah mahukan.
Jika dilaksanakan projek Kerajaan PAS Kedah tersebut, tentulah yang menjadi mangsanya ialah penduduk di DUN Bukit Selambau.
Kebajikan yang ditagih, khinzir pula yang dapat. Sejahtera yang dipinta rakyat, khinzir pula yang diberi "sejahtera" oleh PAS. Tapi begitulah resmi PAS. Gah dengan manifesto dan janji-janji manis, sampai hudud yang diperjuangkannya pun kini sudah tergadai.
Pengundi Bukit Selambau rasanya semakin bijak dalam menentukan masa depan mereka sendiri..
read more...

PKR terdesak bangkit isu pengundi hantu

Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terdesak kerana cuba membangkitkan semula isu pengundi hantu dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan tersebut langsung tidak menunjukkan semangat demokrasi kerana mereka sanggup menggunakan apa sahaja cara termasuk mengulangi cerita yang tidak benar untuk meraih undi.
"Tuduhan pengundi hantu ini bukanlah perkara baru. Apa yang menghairankan ialah, kalau betul tuduhan mereka, kenapa tidak pula dibangkitkan di kerusi yang menang.
"Di negeri Kedah, kini mereka yang memerintah, malah tempat ini pun dulunya kerusi mereka.
"Kalau mereka menang tak ada pula pengundi hantu, tapi kalau nampak gaya kalah atau sudah kalah, timbullah isu ini," katanya kepada para pemberita selepas menyampaikan peruntukan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM210,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sungai Getah, dekat sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR, Fariz Muda yang mengatakan terdapat sebanyak 2,215 pengundi hantu di kawasan DUN Bukit Selambau.
Menurut Fariz, pengundi hantu terbabit didapati berada dalam senarai pemilih di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang di sini.
Menteri Pelajaran yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil BN DUN Bukit Selambau, berkata, taktik PKR yang menggunakan strategi menuduh BN membawa pengundi hantu dianggap cetek dan memang boleh diduga.
"Itulah perkara yang sama mereka bangkitkan. Malangnya, strategi ini sudah cetek dan semua sudah tahu," katanya.
Menurut beliau, BN juga percaya parti pembangkang akan memainkan lebih banyak isu terutama berkait rapat dengan sentimen kaum dalam tempoh terdekat.
"Saya ingin beri jaminan bahawa kalaulah isu perkauman dibangkitkan, rakyat harus sedar bahawa ia bukanlah datang daripada BN sebaliknya pembangkang.
"Apa yang penting ialah rakyat kini boleh menilai siapa yang lebih ikhlas," katanya.
read more...

Ganesan mahu bantu semua kaum

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Datuk S. Ganesan (gambar) menyifatkan dirinya sebagai 'Obama' untuk rakyat Malaysia khususnya bagi penduduk di kawasan berkenaan.
Dengan menjadikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama sebagai idolanya, Ganesan, 50, memberitahu, beliau dan pemimpin negara kuasa besar itu hampir sama daripada aspek memperjuangkan kepentingan rakyat.
''Cuma bezanya, saya memperjuangkan kepentingan rakyat Malaysia di Bukit Selambau kerana saya tahu erti kesusahan berdasarkan pengalaman hidup sebagai anak orang susah dari sebuah ladang," katanya.
Ganesan berkata demikian selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sungai Getah dekat sini hari ini.
Katanya, para penduduk di DUN Bukit Selambau diharap dapat memberi peluang kepadanya untuk membuktikan kesungguhannya memperjuangkan nasib mereka kerana hanya BN yang mampu berbuat demikian.
''Saya harap, pengundi jangan terkeliru kerana 15 orang bertanding, berhati-hatilah memilih logo BN iaitu simbol dacing dan saya berjanji akan menjalankan perkhidmatan kepada rakyat dengan baik.
''Usah dengar dakyah pembangkang kerana mereka tidak mampu untuk melaksanakan janji," tambahnya.
Menurut Ganesan, hubungannya yang rapat dengan menteri-menteri pasti akan memudahkan urusan melibatkan rakyat di kawasan berkenaan sekiranya mereka memberikan kemenangan kepada calon BN pada pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau pada 7 April ini.
read more...

Pakej Menarik Letak Calon BN Dahului Pilihan Pengundi

Calon Barisan Nasional (BN) DUN Bukit Selambau, Datuk S. Ganesan dilihat mempunyai pakej yang mampu menarik sokongan pengundi berbanding 14 calon lain termasuk dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di kawasan itu.
Ketua Pemuda UMNO Kedah, YB Mohd Rawi Abd Hamid berkata selain anak tempatan, calon BN itu juga mempunyai latar belakang yang cukup meyakinkan pengundi baik dari sudut akademik mahupun pengalaman sebagai wakil rakyat.
Justeru beliau yakin pengundi akan membuat pilihan berdasarkan faktor-faktor tersebut bukan mengikut sentiment emosi yang kini digunakan calon-calon lain yang bertanding di kawasan itu.
"Calon BN mempunyai kelebihan berdasarkan pakej yang ada pada diri beliau. Kita tidak gusar dengan jumlah calon yang bertanding kerana kita percaya pengundi pada akhirnya akan menilai calon berdasarkan faktor pakej yang ada pada calon tersebut.
"Pada masa yang sama pengundi boleh melihat betapa rakyat mula bangkit menunjukkan protes mereka terhadap kegagalan kerajaan negeri pimpinan pembangkang membela nasib mereka. Mesej ini disampaikan menerusi tindakan mereka menawarkan diri untuk menjadi calon di sini", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Hangat seterusnya berkata petanda aras yang rendah terhadap mutu perkhidmatan wakil rakyat terdahulu membuat ramai merasakan diri mereka layak untuk menggantikan tempat wakil rakyat terbabit.
Pada masa yang sama beliau turut memuji sikap Pemuda parti komponen yang bekerja bersunguh-sungguh serta cukup komited dalam membantu kemenangan calon BN.
"Kesungguhan Pemuda MIC, MCA, Gerakan, PPP dan parti-parti komponen lain cukup membanggakan. Inilah semangat setiakawan dan keikhlasan jitu BN yang tidak ada pada pakatan pembangkang", ujarnya.
read more...

Cerita Pengundi Hantu Muncul Lagi, Petanda Baik Buat BN Di Bukit Selambau

Cerita pengundi hantu muncul kembali!! Selepas senyap seketika terutama selepas pilihanraya umum lalu termasuk pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, cerita pengundi hantu kembali bergema di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.
Ini berikutan dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengatakan seramai 2,215 pengundi hantu dan pengundi yang meragukan dikesan di Taman Bandar Baru Bangi di sini.
Dakwa PKR lagi jumlah itu mewakili kira-kira 63 peratus daripada keseluruhan 3,544 pemilih berdaftar di taman itu.
Mengulas perkara tersebut, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin berkata dakwaan sedemikian hanyalah satu taktik lapuk pembangkang.
Tegas beliau rakyat sebenarnya sudah muak dengan dakwaan-dakwaan karut seumpama itu kerana sehingga kini pembangkang tidak pernah tampil mengemukakan bukti kukuh.
"Mungkin mereka (pembangkang) rasa mereka nak kalah. Dulu pun mereka selalu canang ada pengundi hantu tapi mereka menang juga. Yang hairan mereka tidak bising ada pengundi hantu apabila sudah menang", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Tambah beliau lagi Barisan Nasional sepatutnya mendakwa pembangkang guna pengundi hantu kerana secara tiba-tiba menang banyak kerusi pada pilihanraya umum lalu.
"Tapi kita bukan macam pembangkang. Kita sentiasa hormat pilihan rakyat dan yakin dengan demokrasi pilihanraya.
"Kalau mereka mula buat cerita pengundi hantu, itu kita anggap petanda baik buat BN kerana mereka mungkin mula rasa pengundi akan menolak mereka di sini", ujarnya.
read more...

Gandingan Mahathir, Abdullah, Najib simbol kebangkitan UMNO

Gandingan dua negarawan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penasihat UMNO pada era kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kelak akan menjadi simbol kepada kebangkitan semula parti dalam membela masyarakat Melayu.
Ahli veteran UMNO, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, nasihat kedua-dua negarawan tersebut akan mengembalikan keyakinan rakyat negara ini terhadap UMNO dan memastikan parti itu terus relevan dalam perjuangan memajukan orang Melayu pada masa depan.
read more...

Gandingan Mahathir, Abdullah, Najib simbol kebangkitan UMNO

Gandingan dua negarawan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penasihat UMNO pada era kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kelak akan menjadi simbol kepada kebangkitan semula parti dalam membela masyarakat Melayu.
Ahli veteran UMNO, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, nasihat kedua-dua negarawan tersebut akan mengembalikan keyakinan rakyat negara ini terhadap UMNO dan memastikan parti itu terus relevan dalam perjuangan memajukan orang Melayu pada masa depan.
read more...

UMNO Bangkit, Pembangkang Rebah

Manipulasi dan provokasi yang digunakan sebagai senjata oleh pihak pembangkang dengan niat untuk menghancurkan UMNO terbukti tidak berkesan apatah lagi kedudukan UMNO hari ini ibarat seperti dilahirkan semula dengan satu semangat baru untuk survival perjuangan bangsa.
Bagi menghadapi tiga pilihan raya di tiga tempat berasingan, penamaan calon baru sahaja dilancarkan Ahad lalu yang bermakna tempoh berkempen juga telah bermula dan dijangka semakin rancak sehinggalah ke hari pengundian pada 7 April hadapan.
Sememangnya, suasana penamaan calon yang berlangsung dengan lancar tanpa sebarang pertelingkahan dan insiden buruk berlaku amat menyenangkan kerana berdasarkan kepada suasananya dapatlah dinilai keadaan pilihan raya yang akan berlangsung nanti.
Namun demikian, yang tidak sedap untuk diperkatakan adalah cara berkempen parti-parti pembangkang yang masih juga terus-terusan mengamalkan cara lama iaitu dengan melemparkan tuduhan dan fitnah kepada UMNO dan ahli-ahlinya.
Lebih memalukan lagi apabila sudah kedengaran antara kandungan kempen yang dicanangkan oleh ahli Pas dan PKR ialah mengeji dan memfitnah para pemimpin UMNO termasuklah Presidennya yang baru iaitu Datuk Sri Najib Tun Razak.
Malahan, keperibadian Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga tidak terlepas dari menjadi bahan lelocon dan senda gurau dalam cakap-cakap untuk meraih sokongan dan perhatian dari masyarakat tempatan.
Sememangnya tidak dinafikan bahawa bercakap perkara yang tidak benar lebih mudah daripada menceritakan perkara fakta dan realiti sebenar pentadbiran negara kepada masyarakat, apatah lagi jika disajikan pula dengan hidangan berbentuk provokasi dan manipulasi ke atas pemimpin-pemimpin UMNO dan BN.
Dalam hal ini, kewajaran dan keprihatinan para pengundi yang semakin bijak menilai tidak pernah diketepikan walaupun para pembangkang menggunakan propaganda dan retorik semata-mata dalam ucapan mereka.
Sesungguhnya, terbukti bahawa perkembangan positif UMNO dan kerajaan BN dalam menangani setiap agenda dan krisis bersama rakyat secara tidak langsung telah menimbulkan rasa iri hati di kalangan pembangkang.
Manakan tidak, kerana kekuatan dan kebangkitan UMNO bersama-sama BN telah menyebabkan mereka gerun lantas lemah berikutan modal yang mereka mahu gunakan berkaitan kegagalan dan keburukan kerajaan tidak ada.
Dalam soal lain, fikirkan pula, jika pembangkang tidak bercakap hal-hal yang memburukkan UMNO dan BN, apa lagi yang mereka mahu perkatakan kerana mereka tidak mampu untuk bercerita soal pembangunan. Ini kerana tidak ada sebarang kemajuan dalam aspek pembangunan yang mereka terlibat termasuklah sebagai pemimpin di lima buah negeri dan kemudiannya satu kembali kepada BN.
Sekiranya mereka mahu mengulas berkaitan kebajikan pula, apakah kebajikan yang mereka sumbangkan dalam aspek yang besar hingga mampu meringankan beban penduduk tempatan seperti mana yang disediakan oleh Kerajaan dalam BN?
Apakah pihak pembangkang mahu mencanangkan perihal buruk setiap seorang wakil rakyat mereka, dari yang gilakan pangkat dan kuasa hinggalah kepada yang mempunyai masalah moral dan perlakuan songsang.
Lantas, hanya dengan memburukkan UMNO dan BN, fitnah dan caci maki sahajalah modal yang paling mudah untuk dijadikan medan politik sedang mereka sendiri lupa pengundi tidak mungkin mudah terpedaya dengan wayang kuit rekaan mereka.
read more...