Latest Posts

Monday, May 31, 2010

Juara Rakyat Anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu

Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu dengan Kerjasama KEDA telah mengadakan Program Juara Rakyat bertempat di Keda Napo pada 30 Mei 2010. Antara acara yang dianjurkan ialah Senamerobik, Pertandingan Aspek Wanita, Sukaneka dan Anugerah Jasamu di Kenang. Bagi Pertandingan aspek Wanita sebanyak 4 acara telah dipertandingkan iaitu Kuah Laksa, Bengkang Ubi, Sireh Junjung dan Jahitan Manik. YB Dato' Wira Mohd Johari Baharom Ahli Parlimen Kubang Pasu  merangkap Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah merasmikan Program Juara Rakyat ini. Turut hadir ialah ADUN Bukit Kayu Hitam merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Dato' Haji Ahmad Zaini Japar, Naib Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Encik Zulfitri Yaacob, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu Dato' Khalida Adibah Ayob, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kubang Pasu, dan seluruh Jawatankuasa UMNO Bahagian Kubang Pasu, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu.


Pertandingan Sireh Junjung


Jahitan Manik


Majlis Perasmian dan Penutup


Para peserta tekun menyiapkan gubahan


Gotong-royong menyiapkan makan tengah hari.


Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu, Cik Rosliza Hasan tidak melepaskan peluang untuk sama-sama membantu menyiapkan makan tengah hari.


YB Dato' Wira Mohd Johari Baharom menyampaikan Anugerah Jasamu di kenang kepada mantan-mantan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.

read more...

Majlis Makan Malam Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu Bersama ADUN Jitra.

26 Mei 2010 jam 8.30 malam bertempat di Country Height, Jitra telah berlangsung satu Majlis Makan Malam Pergerakan Puteri UMNO Kubang Pasu bersam YB Dato' Saad Bin Man, ADUN Jitra. Majlis ini telah disertai Ketua Puteri UMNO Cawangan dan Penolong Setiausaha Puteri UMNO Cawangan serta Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu. Turut hadir memeriahkan Majlis Makan malam ini ialah Ayahanda Setiausaha UMNO Bahagian Kubang Pasu Tuan Haji Shamsuddin Haji Ahmad dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu, Puan Halimaton Saadiah serta Ahli-ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu.


YB Dato' Saad Bin Man ADUN Jitra menyampaikan ucapan.


Ketua Puteri UMNO Cawangan & Penolong Setiausaha Puteri UMNO Cawangan yang hadir.


Antara yang hadir bagi menjayakan Majlis Makan Malam ini.



read more...

Thursday, May 27, 2010

Perjumpaan Zon Laka & Temin bersam YB Dato' Wira Mohd Johari Baharom


Bertempat di EDC, UUM telah berlangsung satu perjumpaan di antara YB Dato' Wira Mohd Johari Baharom bersama dengan Ketua UMNO Cawangan & Setiausaha Cawangan termasuk pimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Cawangan. Perjumpaan ini turut dihadiri oleh YB Dato' Haji Ahmad Zaini Japar ADUN Bukit Kayu Hitam merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Dato' Khalida Adibah Ayob Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu dan Encik Zulfitri Yaacob, Naib Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu.

Antara pimpinan Pergerakan Puteri UMNO yang hadir.

Pimpinan Wanita UMNO yang hadir.
read more...

Wednesday, May 19, 2010

Kursus Penerangan 4 Peringkat UMNO Bahagian Kubang Pasu.

Pada 7 Mei hingga 9 Mei 2010 telah berlangsung Kursus Penerangan 4 Peringkat UMNO Bahagian Kubang Pasu. Seramai 20 orang terdiri daripada Ketua Penerangan Wanita UMNO Cawangan dan Puteri UMNO Cawangan dalam Bahagian Kubang Pasu telah menyertai kursus ini.







read more...

Monday, May 3, 2010

Kursus Pengendalian Mesyuarat dan Perlembagaan.

Biro Latihan UMNO Bahagian Kubang Pasu telah mengadakan Kursus Pengendalian Mesyuarat dan Perlembagaan kepada pimpinan peringkat cawangan termasuk sayap-sayap di Zon Gelong pada 1hb Mei 2010 jam 9.00 malam bertempat di Dewan Kampung Gelong. Seramai hampir 40 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Pengerusi Biro Latihan UMNO Bahagian Kubang Pasu iaitu EncikMuhammad Abdul Rahim sendiri yang turun ke padang bagi mengendalikan kursus ini dengan dibantu oleh Encik Nasir Jamaluddin, AJK UMNO Bahagian Kubang Pasu merangkap AJK Biro Latihan. Pimpinan UMNO Bahagian Kubang Pasu yang turut hadir meramaikan kursus ini ialah Puan Halimaton Saadiah Saad, Naib Ketua Wanita UMNO Kubang Pasu merangkap AJK Biro Latihan, Puan Faridah Ahmad, Pen. Bendahari Wanita UMNO Kubang Pasu, Puan Ismaliza Ahmad, Naib Ketua Puteri UMNO Kubang Pasu merangkap AJK Biro Latihan dan Cik Rosliza Hasan, Penolong Setiausaha Puteri UMNO Kubang Pasu merangkap AJK Biro Latihan UMNO Kubang Pasu. Adalah diharapkan kursus ini dapat membantu pimpinan peringkat cawangan tentang pindaan pelembagaan UMNO.



Pengerusi Biro Latihan Encik Muhammad Abdul Rahim sedang mengendalikan kursus.

Antara pimpinan Wanita dan Puteri peringkat cawangan yang hadir.

Tekun mendengar penerangan yang disampaikan oleh penceramah.

Antara pimpianan UMNO Bahagian Kubang Pasu yang hadir.

Semoga kursus ini mampu memberikan penerangan yang jelas terutama berkenaan pindaan Perlembagaan UMNO.


Tayangan slide turut diadakan bagi memudahkan perjalanan kursus.

read more...

Sekitar Hari Pengundian di Sek Keb Rasa.

Mr Kamal bersama Ketua Cawangan Taman Rasa Tambahan.


Dato' Shafie Afdal Pengerusi badan Perhubungan BN Kedah.

YB Dato' Wira Mohd Johari Baharom & YB Dato' Shafie Afdal.
YAB Tan Sri Muhiyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Penolong Setiausaha Puteri UMNO Kubang Pasu, Saudari Rosliza Hasan yang menjadi salah seorang Jentera BN Kedah di Bukit Rasa.
read more...

Sekitar Hari Pengundian di Sek Keb Rasa.


Inilah Barisan Kita...yang ikhlas Berjuang...


Puteri UMNO...Hidup BN!

Hidup BN !

Jentera BN Kedah.
read more...