Monday, May 3, 2010

Kursus Pengendalian Mesyuarat dan Perlembagaan.

Biro Latihan UMNO Bahagian Kubang Pasu telah mengadakan Kursus Pengendalian Mesyuarat dan Perlembagaan kepada pimpinan peringkat cawangan termasuk sayap-sayap di Zon Gelong pada 1hb Mei 2010 jam 9.00 malam bertempat di Dewan Kampung Gelong. Seramai hampir 40 orang peserta telah menghadiri kursus ini. Pengerusi Biro Latihan UMNO Bahagian Kubang Pasu iaitu EncikMuhammad Abdul Rahim sendiri yang turun ke padang bagi mengendalikan kursus ini dengan dibantu oleh Encik Nasir Jamaluddin, AJK UMNO Bahagian Kubang Pasu merangkap AJK Biro Latihan. Pimpinan UMNO Bahagian Kubang Pasu yang turut hadir meramaikan kursus ini ialah Puan Halimaton Saadiah Saad, Naib Ketua Wanita UMNO Kubang Pasu merangkap AJK Biro Latihan, Puan Faridah Ahmad, Pen. Bendahari Wanita UMNO Kubang Pasu, Puan Ismaliza Ahmad, Naib Ketua Puteri UMNO Kubang Pasu merangkap AJK Biro Latihan dan Cik Rosliza Hasan, Penolong Setiausaha Puteri UMNO Kubang Pasu merangkap AJK Biro Latihan UMNO Kubang Pasu. Adalah diharapkan kursus ini dapat membantu pimpinan peringkat cawangan tentang pindaan pelembagaan UMNO.



Pengerusi Biro Latihan Encik Muhammad Abdul Rahim sedang mengendalikan kursus.

Antara pimpinan Wanita dan Puteri peringkat cawangan yang hadir.

Tekun mendengar penerangan yang disampaikan oleh penceramah.

Antara pimpianan UMNO Bahagian Kubang Pasu yang hadir.

Semoga kursus ini mampu memberikan penerangan yang jelas terutama berkenaan pindaan Perlembagaan UMNO.


Tayangan slide turut diadakan bagi memudahkan perjalanan kursus.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Kursus Pengendalian Mesyuarat dan Perlembagaan."

Post a Comment