Kelab Penyokong 1 Malaysia telah mengadakan ceramah 'Gagasan 1 Malaysia' bertempat di Dewan Bunga Raya, Hotel Bustani, Jitra. Hampir 500 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat telah menghadiri program ini.
Sekitar Majlis Perasmian Pejabat Barisan Nasional yang telah dilangsungkan pada 10hb April 2010 oleh YAB Dato' Shafie Afdal Pengerusi Badan Perhubungan BN Kedah.
Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah dan Biro Penerangan Bahagian Kubang Pasu telah mengadakan satu mesyuarat bersama pada 8hb April 2010 jam 5.00 petang bertempat di Hotel Bustani. Antara perkara yang dibincangkan adalah aktiviti penerangan yang bakal dijalankan di Kubang Pasu.