Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu dengan Kerjasama KEDA telah mengadakan Program Juara Rakyat bertempat di Keda Napo pada 30 Mei 2010. Antara acara yang dianjurkan ialah Senamerobik, Pertandingan Aspek Wanita, Sukaneka dan Anugerah Jasamu di Kenang. Bagi Pertandingan aspek Wanita sebanyak 4 acara telah dipertandingkan iaitu Kuah Laksa, Bengkang Ubi, Sireh Junjung dan Jahitan Manik. YB Dato' Wira Mohd Johari Baharom Ahli Parlimen Kubang Pasu merangkap Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah merasmikan Program Juara Rakyat ini. Turut hadir ialah ADUN Bukit Kayu Hitam merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Dato' Haji Ahmad Zaini Japar, Naib Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Encik Zulfitri Yaacob, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu Dato' Khalida Adibah Ayob, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kubang Pasu, dan seluruh Jawatankuasa UMNO Bahagian Kubang Pasu, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu.
read more...
Pertandingan Sireh Junjung
Jahitan Manik
Majlis Perasmian dan Penutup
Para peserta tekun menyiapkan gubahan
Gotong-royong menyiapkan makan tengah hari.
Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu, Cik Rosliza Hasan tidak melepaskan peluang untuk sama-sama membantu menyiapkan makan tengah hari.
YB Dato' Wira Mohd Johari Baharom menyampaikan Anugerah Jasamu di kenang kepada mantan-mantan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.























































